Powered By Blogger

Wednesday 2 November 2011

fatografi

Jenis-jenis flash

terdapat 4 jenis flash yang utama :
1. Built In Flash
Built in flash biasanya cuma boleh memancarkan cahaya pada satu arah dan mempunyai kuasa pancaran yang rendah. Built in flash selalu digunakan untuk fill in flash.
2. Hotshoe flash
Kadangkala dipanggil flashgun memberikan kuasa yang lebih tinggi dan memberikan keupayaan liputan yang lebih luas meliputi pelbagai darjah. Kepala flash boleh dipusingkan atau disengetkan untuk mendapat pencahayaan optimum.
3. Hammerhead flash
Portable tetapi flash yang besarr dengan kuasa yang tinggi. Biasanya dipasang kepada kamera melalui braket
4. Ring flash
Unit yang istimewa, direka khas untuk macro fotografi. Kadangkala digunakan juga untuk portrait untuk mendapatkan imej dengan kesan cahaya yang rata dan menarik.


Ring FlashHotshoe FlashHammerhead flash
                            


                Ring Flash                                    Hotshoe Flash                               Hammerhead flash

 

 

 

 

 

Asas Pencahayaan Studio

 

Jenis cahaya:

1. Cahaya Utama – MAIN LIGHT/ KEY LIGHT

Main light akan menjadi cahaya utama untuk subjek anda. Biasanya ia menjadi cahaya yang paling kuat dalam set anda. Ia digunakan untuk menerangi subjek dan menyerlah details. Cahaya utama adalah cahaya yang menerbitkan shadow.

2. Cahaya Fill In

Cahaya fill in biasanya kurang kuasanya dan sentiasa digunakan untuk melembutkan shadow, yang biasanya dihasilkan oleh cahaya utama. biasanya ratio yang digunakan dari 1:2 hingga lah
1:9.  Cahaya dengan ratio 1:3 boleh menyerlahkan bentuk tiga dimensi subjek.
3. Background light untuk mencerahkan background
4. Background light untuk memberikan rimlight pada subjek
5. Hairlight, untuk mencerahkan rambut.
6. Accent lighting.















Teknik Fotografi

Tips Menambah Hair Light

http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/06/IMG_7197-2.jpg
1. Elakkan Cahaya overexpose pada rambut seperti diatas.
2. Hair light yang baik akan membuatkan rambut berkilauan dan nampak menarik.
3. Rim pada rambut juga boleh menambah kick dalam portrait.
4. Rimlight selalunya keras cahayanya, dan hair light bergantung pada subjek. Subjek klasik dan lembut biasanya menggunakan hairlight lembut. Subjek yang kuat dan powerful seperti ahli sukan biasanya menggunakan rimlight yang kuat terus menyinari subjek dari sudut belakang.

Arah pantulan cahaya apabila gunakan Reflector
1. Apabila reflector menjadi main light dalam portrait, memantulkan cahaya dari arah bawah, sangat sesuai untuk memberikan kesan pencahayaan yang berikut :
- subjek kelihatan menakutkan seperti cerita hantu.
- subjek kelihatan ganas dan kejam.
- subjek mungkin kelihatan terperanjat apabila membuka sesuatu seperti terjumpa harta karun.
- subjek adalah mak tiri yang kejam.
http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/06/IMG_7092.jpg
2. Untuk portrait jelitawan seperti diatas, tidak sesuai cahaya dipantulkan dari bawah.
3. Untuk mengetahui apakah kesan Arah pencahayaan kepada komposisi fotografi, sila pertimbangkan mengikuti Kursus Pencahayaan & Flash anjuran saya.


Tips Pencahayaan Potret : Short Light & Broad Light
Salam, saya ingin memperkenalkan anda kepada 2 bentuk key lighting yang biasa digunakan apabila merakam potret wajah apabila kita memusingkan wajah subjek 3/4 dari kamera.
Key light atau main light adalah sumber cahaya utama yang digunakan dalam portrait. Biasanya photographer akan menggunakan beberapa sumber cahaya, key/main light, fill light, hair light dan background light. Kadang-kadang mereka menggunakan kicker light atau accent light.
Arah dari mana cahaya digunakan digunakan asasnya terdapat beberapa jenis, antaranya ialah Butterfly/paramount lighting, Loop lighting, Rembrandt, Split, Broad, short dan recently ada jenis lighting yang dikenali sebagai cross lighting, sangat popular dalam dunia strobist.

1. SHORT LIGHTING

Shortlighting bermakna anda meletakkan KEY LIGHT dari sudut wajah yang jauh dari kamera, atau shorter part of the face.
Portrait Short Lighting.
Contoh setup Short Lighting yang saya boleh “pinjam” dari internet. Cant find my lighting diagramming file. credit to Photocamel

2. BROAD LIGHTING

Broad lighting bermaksud anda menjatuhkan main light ke arah wajah yang dekat dengan lensa kamera anda.
Broadlighting
Broad lighting setup oleh photocamel
Anda boleh menggunakan apa juga jenis sumber cahaya, tak perlu lampu studio. Dalam gambar short lighting saya, saya cuma menggunakan cahaya dari tingkap.
Jadi, persoalannya, mengapa bersusah payah setup light macam ini, tak bolehkah kita ada satu setup saja?
Ok, dari segi Art of seeing, apabila kita deal dengan shape dan form, cahaya amat memainkan peranan. Sometimes kita nak tunjuk apa? detailnya kah? bentuk tubuhnya kah? hidung mancung nya kah? dan apa yang kita nak tunjuk juga depend pada karakter yang kita nak rakam. Setiap apa yang kita nak rakam, sentiasa berbalik kepada apa yang kita nak komunikasikan.
Tips pencahayaan potret : fill light
Kadangkala apabila kita menggunakan flash atau lampu studio sebagai main light untuk portrait, kita akan meletakkannya di kanan atau di kiri untuk mendapat tone cahaya yang sesuai. Bagaimanapun selalunya ia akan menyebabkan sebahagian wajah lagi berada dalam shadow. Untuk mengurangkan contrast ini, kita boleh meletakkan reflector pada bahagian yang satu lagi supaya dapat fill pada bahagian shadow.
Berikut adalah contoh potret dengan fill light dan portrait tanpa fill light.
potret, tanpa fill light sebelah kanan
potret, dengan fill light pada sebelah kanan
Tips Foto : Cahaya Lembut untuk potret

Portraiture_Profile_AdhadiMohd_AdilaRamli_AnneAbdulWahab_2009
Untuk mendapatkan cahaya lembut, anda boleh menggunakan beberapa kaedah. Antara kaedahnya ialah :
1. Gunakan softbox atau payung
2. Gunakan tingkap yang besar dan tidak mengenai cahaya matahari secara terus
3. Bounce flash pada dinding putih
4. Bounce pada reflector
Semakin besar sebuah sumber cahaya, semakin lembut cahaya yang terhasil dan mengenai subjek potret anda. Sumber cahaya yang besar akan mengurangkan bayang bayang, mengurangkan contrast dan menghilangkan tekture, seperti jerawat atau parut.
Sumber yang besar akan menyebabkan cahaya menyinari subjek dari arah yang lebih luas, mengurangkan bayang-bayang dan memberikan kesan yang lebih rata pada wajah.
credit : http://www.instructables.com/id/Soften-your-Flash-with-a-DIY-Skylight-Panel/

Memilih Payung Untuk Pencahayaan

http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/06/umbrella_silver_black_backed_600w.jpg
Payung silver untuk image yang lebih punch dan kuat. Contrast yang kuat dan pantulan cahaya yang besar
http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/06/7-White-Diffusion-Parabolic-Umbrella.jpg
Payung Putih - shoot thru, untuk potrait yang sangat lembut, contrast yang lembut dan catch light paling jelas

1. Saya hanya mempunyai silver dan gold umbrella. Bukan kerana saya tidak suka payung putih tetapi kerana telah patah patah already.
2. Silver reflector agak harsh berbanding payung putih.
3. Contrast pada silver reflector amat kuat
4. Satu lagi teknik adalah dengan melembutkan cahaya flash menggunakan diffusion panel.
http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/06/IMG_5100-2.jpg
Menggunakan Diffusion Panel

10 Tips Merakam Gambar Potret Outdoor

http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/05/IMG_7617_adiphoto_0221.jpg
Tips : Pilih latar yang baik.
Sebenarnya gambar outdoor tidak sukar dirakam. Kita boleh setup dengan cara simple, mahupun kompleks. Berikut adalah beberapa tips yang boleh di cuba.
1.     Asasnya, elakkan contrast cahaya terlalu terang. Contohnya latar terlalu cerah. Cubalah dengan latar yang lebih teduh.
2.     Biarlah subjek berhadapan dengan sumber cahaya. Sumber cahaya yang cukup akan menyerlahkan details pada wajah.
3.     Gunakan Matrik atau evaluative metering untuk setup diatas. Ianya mudah dan selalunya tidak memeningkan kepada untuk dikawal.
4.     Aperture priority memudahkan kita mengawal depth of field. Gunakan Aperture dalam lingkungan f2.8 hingga f5.6 untuk imej yang lebih bersih.
5.     Elakkan pertindihan antara subjek dengan benda benda lain dalam latar, contohnya tiang elektrik atau dahan dahan pokok.
6.     Gunakan framing secara kreatif. Cari natural framing seperti daun daun atau arc dan sebagainya.
7.     Sekiranya cahaya terlalu terik, cari tempat teduh. Sekiranya tiada, gunakan diffuser untuk melindungi subjek dari terik.
8.     Sekiranya tiada diffuser, gunakan direct flash untuk fill in dalam shadow area, untuk mengurangkan masalah raccoon eyes, iaitu hitam pada bawah mata. Sebaiknya ikut tips no 1.
9.     Pilih white balance yang sesuai. Portrait outdoor sangat menarik sekiranya mengunakan warna yang warm sedikit. Elakkan wajah kelihatan pucat akibat white balance yang salah.
10.  Cahaya petang atau pagi sangat menarik dan lembut untuk outdoor portrait… gunakan sebagai backlighting atau main lighting, bersama flash boleh memberikan cahaya yang superb.
http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/05/209914_214349038576574_111535158857963_911569_6314566_o-1024x676.jpg
Cahaya petang selepas hujan

Teknik memegang kamera

Oh, pegang kamera ada teknik ke? hmm.. betul.. memang ada teknik. Bagaimanapun terpulang kepada anda nak implement atau tidak.
Dalam bengkel saya, antara topik pertama adalah bagaimana teknik memegang kamera. KIta tidak mahu kamera yang kita beli beribu ribu ringgit, jatuh dan berkecai hanya kerana di tarik oleh anak kecil, atau dalam gambar dibawah, seorang wanita yang agak marah gambarnya diambil sewaktu dimahkamah.
http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/05/222809_2085609259437_1221322603_2525706_7220455_n.jpg
KIta boleh mengelakkan kemalangan seperti ini sekiranya memegang kamera dengan cara yang lebih baik. Pendapat saya, sekiranya strap kamera di atas dililit pada lengan, sukar bagi wanita tersebut menarik dan merentap kamera tersebut, lebih lebih lagi melihat lengan wanita tersebut, halus mulus saja. Bagaimanapun sebagai professional, mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri mengapa strap tersebut dibiarkan tergantung.
Jadi kita sebagai penggemar fotografi ini, terutamanya yang suka merakam anak anak. Sebenarnya kita juga tidak lepas dari risiko diatas. Berikut adalah beberapa nasihat tentang memegang kamera untuk anda penggemar fotografi yang baru.
1.     Strap kamera tidak seharusnya dibiarkan terbuai begitu saja.
2.     Apabila kita memasuki ruang yang mengancam, contohnya mengambil gambar dari tempat tinggi, kita perlu secure kamera kita dengan strap dililit pada leher, salah satu caralah.
3.     Begitu juga apabila merakam anak anak yang sedang bermain, mereka boleh menarik strap dengan begitu pantas. Anda perlu secure kamera anda. lilitkan pada lengan adalah cara yang baik.
4.     Sekiranya anak anda berjaya menarik kamera dan menjatuhkannya, salah bukan pada anak anda tetapi pada anda yang tidak mengambil langkah yang mencukupi untuk keselamatan kamera tersebut. Kita semua tahu anak-anak memang unpredictable.
5.     Apabila merakam, cara berdiri juga penting, pastikan tapak anda cukup stabil.
6.     Macro, landscape photographer, memasuki hutan dan kawasan lembab juga memerlukan anda melindungi kamera anda sewajarnya. Terutamanya apabila meredah hutan belukar. Anda tidak mahu strap kamera anda tersangkut pada mana mana dahan atau pokok sewaktu meredah. Sediakan juga camera raincoat dan sebagainya.

Tips Warna – Guna warna complementary untuk contrast lebih menarik

1.     Di dalam teori warna terdapat konsep warna complementary.
2.     Warna complementary, bila digunakan akan memberikan contrast yang sangat menarik.
3.     Kuning complement biru
4.     Merah complement cyan
5.     Hijau complement ungu
Sila semak gambar dibawah.
http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/05/bettercolorscheme_resize.jpg
Warna Kuning berada bersetentangan dengan biru, menjadikan penggunaan warna complimentary ini lebih menarik
http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/05/bosan_resize.jpg
Warna kelabu adalah warna neutral, apabila langit mendung kelabu, warna kuning bercontrast dengan kelabu tetapi sekiranya langit biru, lebih menarik lagi.

http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/05/color_wheel_screen.jpg
Color wheel untuk rujukan


Sudut untuk merakam gambar kanak-kanak

http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/05/MVI_2788.MOV.Still001-1024x576.jpg
Apabila merakam gambar kanak-kanak, biasakan merakam dari sudut eye-level mereka. Ini bermakna anda mungkin terpaksa berbaring untuk gambar seperti ini. Ini adalah untuk memberikan impak paling natural dalam gambar anda.

Merakam details & deco

Topic ini juga adalah satu topic yang dibincangkan dalam ebook Panduan bergambar Teknik Fotografi Perkahwinan. Sekadar memberikan pemahaman kepada anda, selalunya keluarga pengantin bertungkus lumus menyediakan barang barang terbaik untuk dijadikan hantaran. Untuk yang menggubah sendiri, mungkin kakak dan saudara mara terlibat. Jadi barang hantaran dalam majlis perkahwinan melayu adalah amat penting.
Berikut adalah sedikit contoh gambar hantaran yang saya rakam. Kekemasan, sharpness dan warna amat penting. Rakamlah satu persatu dengan lensa Prime kerana kualitinya akan jadi lebih baik.

boytunang_018boytunang_021boytunang_016


Teknik posing tangan

Apabila merakam potret, perlulah ada sedikit pemahaman tentang bagaimana nak pose kan subjek. Normally photographer akan cakap, “saya tak suka posekan subjek kerana nanti nampak stiff”. Sebenarnya pernyataan ini juga menunjukkan pengakuan yang beliau tak mampu pose kan subjek.. sebab tak tahu How atau Why.
Sebenarnya dari kaki sampailah hujung rambut, kita ada teknik untuk pose subjek ni. Photographer kena faham kerana bukan semua subjek born untuk pose. Kita perlu tahu teknik yang betul supaya subjek tidak kelihatan kaku.
Sebahagian tekniknya adalah seperti pada gambar dibawah. Apabila subjek meletakkan tangan dengan belakang tangan menghadap kamera, kita akan nampak tangan besar dan tak berapa cantik. Sebaikkanya kita “curl” sedikit tangan beliau supaya lebih menarik dan sopan.
Bagaimanapun, untuk subjek lelaki, ada lebih kurang sedikit, asalkan subjek lelaki kelihatan maskulin, sudah cukup.
http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/04/IMG_0713.jpg
Agak pelik pose ini


http://adhadimohd.com/wp-content/uploads/2011/04/IMG_0714.jpg
much better pose
Tips Portrait : Jerebu, backlit dan gobo
Salam.. agak sukar saya nak explain konsep kali ini, cuma konsep ini banyak diguna pakai oleh Agah permadi dan rarindra prakarsa dalam kerjanya. Sekiranya kita memahami resepinya, agak mudah untuk menghasilkan gambar yang konsepnya agak serupa.
Resepi untuk gambar kali ini ialah
- Subjek potret
- Backlighting yang kuat
- Jerebu atau fog
- latar belakang natural
- gobo natural (GOBO = Goes Between, maksudnya letakkan something di antara lens dan sumber cahaya)
- flash untuk fill in pada wajah portrait
so, itu saja, letakkan semua dalam satu frame, walla, ini hasilnya.



Aperture dan Portrait
1. Lensa portrait ialah 50mm, atau 85mm (TIDAK BENAR)
Sebenarnya, tiada satu lens pun yang boleh dikatakan lensa portrait kerana portrait ada pelbagai jenis dan berbagai cara kita boleh bingkaikan gambar kita.
Sebagai contoh, gambar dibawah adalah dari potret jenis ENVIRONMENTAL PORTRAIT.  Gambar dibawah menggunakan Lensa sigma 10-20 dan pada kamera d300, ia menjadi 15mm.
Environmental Portrait
2. Portrait perlu menggunakan aperture f2.8 atau lebih besar.
Tidak juga. Sebenarnya pemilihan aperture sangat bergantung kepada banyak faktor. Pertama ialah faktor jumlah cahaya yang ada. Adakah anda perlu aperture yang besar atau tidak?
Nombor dua adalah faktor latarbelakang, adakah anda perlu mengkaburkan latar atau tidak. Ini untuk menjadikan gambar lebih kemas, iaitu untuk memuaskan nilai estatik dalam komposisi.  Didalam gambar di atas saya menggunakan f/14, shutter speed 1/100s dan iso 125.
3.  f2.8 sudah mencukupi.
Kadangkala kita memerlukan lebih dari f2.8 untuk mendapatkan gambar yang lebih baik. Contohnya dalam waktu malam apabila faktor latarbelakang yang terlalu gelap dan exposure yang kita gunakan tidak memberikan latar belakang yang memuaskan. Penggunaan aperture yang besar boleh membantu tanpa perlu menggunakan shutter speed yang terlalu lama.  Gambar dibawah menggunakan f/1.4, iso400, shutter speed 1/15s
Penggunaan f/1.4
Aperture



Aperture Priority Mode
Mode Rakaman
Mode rakaman Aperture Priority (Nikon/sony : A; Canon Av) membenarkan anda memilih aperture yang diperlukan dan kamera akan memilih kelajuan katupan shutter yang sesuai.
Pilih Aperture Priority apabila nilai Aperture yang betul adalah kritikal di dalam penghasilan imej. Menggunakan mode ini amat mudah dan menjimatkan masa terutamanya dalam situasi yang pantas.
Gunakan Aperture Priority dan pilih aperture yang besar eg f2.8 untuk mendapatkan sharpness dan bokeh yang yang diperlukan.
Satu situasi yang biasa adalah anda perlu menghasilkan subjek yang kelihatan sharp dengan latar yang blur, disini anda boleh memilih aperture seperti f2.8 dan menyerahkan proses penentuan nilai shutter speed kepada kamera.
GUnakan Aperture Priority dan pilih aperture kecil (eg:f22) untuk mendapatkan depth of field yang luas
Potret dan White Balance
Apabila merakam outdoor portrait, saya suka menggunakan white balance yang lebih suam berbanding auto atau daylight yang lebih natural. Selalunya saya pasti menggunakan white balance 5500 ke atas. Bagaimanapun dalam event indoor atau ruang di dalam rumah yang memerlukan flash, saya selalu meletakkan white balance default pada 4500-5000, dan akan menukar ketika ada keperluan.
Pada saya white balance yang suam, pada kulit akan memberikan mood yang selesa berbanding white balance yang natural. Merujuk kepada buku2 tulisan Ken Ang, pemilihan terbaik white balance adalah “white balance picked by trained eyes”. Maksudnya adalah sangat subjektif tetapi menuntut kepada pemahaman bagaimana warna memberi impak pada penonton. Bryan peterson dalam buku dan videonya menyebut, Warm white balance amat mengujakan, inviting dan comforting.
Cloudy White Balance
Auto White Balance
Tips Fotografi : Merakam Gambar Candid
Merakam ekpresi seperti ini memerlukan kesabaran dalam pengamatan
Sekiranya ada satu lagi skill fotografi yang saya sangat hargai selain memahami  dan memanipulasi cahaya, ialah teknik merakam candid. Ekpresi manusia yang bukan dibuat buat, bukanlah sesuatu yang boleh kita arah atau minta, kecuali artis yang memang mahir berlakon. tetapi dalam keadaan biasa, kita memerlukan skill pengamatan yang tinggi untuk mengenali apakah ekpresi yang menarik dan boleh memberikan gambar kepada anda.
Henri Cartier-Brenson, seorang jurufoto yang terkenal dengan buku fotografi The Decisive Moment, pernah sekali berkata :
“There is a creative fraction of a second when you are taking a picture. Your eye must see a composition or an expression that life itself offers you, and you must know with intuition when to click the camera. That is the moment the photographer is creative,” he said. “Oop! The Moment! Once you miss it, it is gone forever”.
Realiti fotografi hari ini, bukanlah satu alatan eklusif yang hanya mampu digunakan oleh wartawan foto saja. Ramai juga penggemar foto hari ini, sudah dapat memiliki alatan DSLR malah tidak kurang yang memiliki lensa bergred profesional yang berharga ribuan ringgit. Bagaimanapun, harus dinyatakan bahawa peralatan yang hebat, lensa yang panjang dan berat hanyalah sekadar peralatan yang memudahkan kita merakam gambar. Sedangkan untuk mengisi sesebuah gambar dengan cerita yang bakal ditatap dari generasi ke generasi, lebih memerlukan keupayaan art of seeing sesorang jurufoto itu. Intuisi diri dan kemampuan jiwa anda menghayati sebuah scene, adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat diberikan oleh mana mana lensa atau kamera yang maha hebat.
Asas Fotografi – Exposure
Salam. Di dalam fotografi, secara asasnya anda harus tahu tentang kualiti asas sesebuah gambar. Kali ini saya akan memberikan contoh gambar dgn pelbagai jenis exposure.
Gambar ini kurang dedahan (Underexposed)
Gambar ini kurang dedahan (Underexposed)
Gambar ini terlebih dedahan (Overexposed)
Gambar ini terlebih dedahan (Overexposed)
Gambar ini mempunyai dedahan yang betul (Normal Exposure)
Gambar ini mempunyai dedahan yang betul (Normal Exposure)



Satu cara untuk mengenali samada gambar anda betul atau tidak dedahannya adalah dengan meneliti details dalam gambar yang anda rakam.
Cuba perhatikan dari segi warna, texture, bentuk dan form. Kadar kecerahan yang tinggi akan mempengaruhi semua yang dinyatakan. Sebagai contoh kulit yang sawo matang akan kelihatan terlalu putih apabila overexposed.
Anda juga boleh memerhatikan histogram. Sekiranya graf histogram anda kelihatan melanggar dinding sebelah kiri atau kanan, bermakna gambar anda tidak betul exposure (at least dalam keadaan biasa).


Teknik mudah memusnahkan DSLR anda
Cara paling mudah memusnahkan DSLR anda.
Ok, diatas adalah saya. Menunggu ombak yang baik untuk dirakam, tanpa sebarang perancangan. Bad one, I was crazy.
Jangan buat seperti diatas, tanpa sebarang perlindungan, kecuali anda ada alasan yang baik untuk melakukannya, seperti telah bosan dengan dslr anda dan sedang mencari sebab utama untuk mendapatkan yang baru.

Jadi, entry kali ini bukanlah untuk mengajar anda bagaimana cara untuk memusnahkan dslr, sebaliknya adalah entri untuk berkongsi apa yang boleh anda sediakan dalam beg anda, sebelum travel ke tempat tempat seperti ini.

Saya google images dengan keyword camera raincoat dan mendapat banyak entry, Di sini saya kongsikan produk yang menarik yang mungkin anda boleh dapatkan dari kedai kedai kamera berhampiran
Canon camera raincoat
Aquatech camera raincoat
OPTECH
DIY GLAD raincoat
DIY Beg Plastik Raincoat
Tips Foto Kahwin, Shutter Speed & Blurry Photo
moment-moment dalam wedding

Too blurry photo can ruin good moment. iso500, f7.1, 1/15s
Sometimes, apabila dalam sesetengah suasana, kita cuba merakam dengan hanya available light. Adalah amat penting untuk kita mendapatkan gambar as sharp as possible. Eg, gambar diatas, dengan cahaya yang cukup indah, kelihatan blur kerana shutter speed yang dipilih amat perlahan iaitu 1/15s. Sekiranya saya dapat mengulang moment ini, saya akan menggunakan shutter speed 1/60 atau 1/125 dengan aperture yang lebih besar, dan iso yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, dalam memilih foto wedding, sekiranya terdapat gambar yang blur sedikit tetapi masih dapat menggambarkan situasi dan moment pada masa itu, jgnlah dibuang terus.. simpan dan cuba present dalam bentuk yang terbaik anda boleh buat.

Tips Foto Perkahwinan : Motion Blur dan aksi
Salam.. kadangkala kita akan berpeluang untuk mendapatkan gambar yang menunjukkan pergerakkan. Gambar pergerakan boleh menjadi begitu menarik dan memberi impak sekiranya teknik rakaman adalah betul.
Anda boleh mencuba untuk meminta subjek untuk berjalan dan bergerak, atau berpusing malah menari untuk mendapatkan kesan pergerakan. Bagaimanapun anda perlu menggunakan shutter speed yang sesuai. Anda perlu bereksperimentasi dengan shutter speed yang sesuai. Anda mungkin boleh menggunakan sekitar 1/30 hingga 1/125 saat.
Pastikan anda setkan camera anda dalam mode Burst Mode dan Focus pada AI SERVO atau AF-Continous. Rakamkan seberapa banyak frame yang boleh bagi memastikan anda mendapat gambar yang dikehendaki.
Kesan pergerakan pada gambar





Mendapatkan Optimum Sharpness dalam Foto

Putra Heights Sunset
Salam. Untuk mendapatkan optimum sharpness dalam fotografi, terdapat beberapa teknik yang boleh dipraktikkan. Walaupun dalam fotografi kreatif, blur boleh dikaitkan dengan ilusi pergerakan dan aksi yang dinamik, tetapi kebiasaan dalam imej dengan subjek statik, sharpness merupakan satu ciri yang terpenting , terutamanya apabila imej itu mengkomunikasikan sesuatu maklumat.

Teknik mendapatkan sharpness secara optimum

·         Mengurangkan pergerakan kamera
·         Memilih Shutter speed yang sesuai
·         Fokus pada Titik paling penting dalam foto
·         Memilih F-number yang sesuai
·         Penggunaan Tripod
·         Pengunaan teknik teknik sokongan yang lain
Mengurangkan Pergerakan Kamera
Menggunakan kamera secara memegangnya, akan menyebabkan kamera sentiasa bergerak. Tidak kita berapa kuat tubuh kita atau betapa nafas kita ditahan, kamera tetap bergerak kerana jari kita akan memetik picu pelepas shutter. Oleh itu, dengan memegang kamera dengan baik, menyokong dengan tapak tangan dan merapatkan lengan kebadan akan dapat mengurangkan gegaran.

Memilih Shutter Speed Yang Sesuai
Dengan memilih shutter speed yang cukup laju, kita boleh membatalkan gegaran dari terlihat dalam imej. Begitu juga dengan imej yang bergerak, sekiranya kita memilih shutter speed yang sesuai kita boleh menghentikan subjek. Panduan yang berguna dalam memilih shutter speed yang sesuai apabila merakam objek yang statik adalah tidak kurang dari 1/60s dan untuk orang yang bergerak perlahan, 1/125s adalah memadai. Untuk menghentikan subjek yang laju pula seperti kereta yang bergerak pantas dalam perlumbaan formula 1, anda mungkin memerlukan 1/500s hingga 1/2000s
Fokus Pada Titik Paling penting dalam foto
Dengan teknik fokus yang betul, anda boleh memilih dof yang sesuai dalam foto anda. DOF yang sesuai akan memastikan jarak yang tertentu berada dalam fokus.
Memilih F-Number yang sesuai
Pemilihan F-Number yang sesuai akan memberikan julat DOF yang sesuai. Bagaimanapun anda seharusnya faham bahawa satu sifat cahaya adalah refraction, iaitu sentiasa terserak. Dengan pemilihan F-Number yang terlalu kecil juga akan menyebabkan light stray dan seterusnya kehilangan sharpness. Pada kit lens 18-55 cthnya, pemilihan f-number f/29 tidak digalakkan kerana opening yang terlalu kecil akan menyebabkan cahaya terserak dan kehilangan details.
6 Tips Komposisi Fotografi
Hari ini saya akan membawakan kepada anda 6 tips komposisi yang boleh anda applikasikan di dalam gambar anda untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
1. Gunakan Leading Line untuk membawa mata penonton ke atas titik pandangan
Lead in line mudah diperolehi dan ada disekililing kita.
Leading line. Image Copyright Jeff Peterson
2. Tambahkan foreground yang menarik dalam gambar anda
Foreground akan menambahkan elemen tambahan, seperti decoration dalam menghias rumah.
Foreground berbatu batu. (C) Photographymad.com
3. Rakam subjek dengan lebih rapat
Lebih rapat pada subjek untuk memberikan kekuatan dan maklumat penuh pada gambar anda.
Close up (C) Adhadi Mohd

4. Gunakan Diagonal Line untuk impak yang lebih dinamik
Garisan diagonal lebih menarik dari garisan yang tegak. Sila amati contoh, subjek di gayakan secara diagonal
Diagonal
5. Gunakan Tone Cahaya dan juga Warna
Tone bukan saja pada warna tetapi juga pada cahaya, pada banyak perkara. Anda perlu bijak mencari tone kerana perbezaan tone yang disusun secara tertentu akan memberikan impak yang lebih menarik.
Gunakan Tone Cahaya
6. Pantulan & Impressionism
Pantulan di atas permukaan seperti air, apabila airnya beralun, akan menghasilkan gambar abstrak yang tergolong dalam genre impressionism.
Pantulan dan Impressionism

Tips Komposisi, Mengurangkan latar terlalu terang
Salam. Lama tak post tips. Hari ni saya kongsikan tips ringkas ini, cara berkesan untuk mengatasi masalah latar yang terlalu terang. Ada banyak cara kita boleh lakukan, guna teknik hdr atau teknik graduated density filter. tapi cara ini lebih simple lagi.
Sometimes kita akan dapat situasi seperti ini.
Latar terlalu cerah dan kosong
Cara paling mudah ialah dengan menggunakan teknik menambah foreground, atau latar hadapan, untuk menutup kawasan yang terlalu terang itu.
Gunakan foreground framing...
Cara begini amat mudah, cepat, tak perlu photoshop dan tak perlu filter. Tapi anda perlukan pokok, daun, atau bangunan untuk diletak dihadapannya. ,

Penuras (Filters) Part 1

Filter adalah aksesori fotografi yang sangat berguna. Artikel ini akan menerangkan serba sedikit tentang photographic filters.

Jenis filter:

1. Square filter
Square filter system. Banyak digunakan dalam kreatif fotografi
2. Circular
Circular filter, screw type, paling biasa digunakan
3. Internal
Internal filter digunakan apabila saiz optik terlalu besar seperti fisheye.
Filter Ultra Violet (UV)
Filter Ultra violet digunakan untuk menghalang cahaya ultra violet yang selalunya memberikan tinta warna biru dan juga nampak kabut, terutamanya apabila dekat dengan laut.
Filter ini tiada banyak kesan, kebanyakan kita menggunakan filter ini untuk menjaga lensa dari debu atau calar.
Ada yang mengatakan filter yang murah akan menyebabkan kualiti berkurangan. Filter yang baik seperti HOYA HD atau BW atau Tiffen kurang mempunyai impak pada gambar.

SKYLIGHT Filter
Sekiranya UV filter sangat clear, skylight filter agat kemerahjambuan dan agak menyebabkan sedikit colour cast pada gambar. Skylight digunakan untuk memberikan mood warm pada gambar outdoor. Effect skylight amat sedikit. Filter ini juga boleh digunakan untuk protect lens.
WHITE BALANCE FILTER
Cloudy (81 series amber filter)
Filter ini mengurangkan warna biru. Filter ini kini boleh diakses dalam kamera setting.
Shade (85 series amber)
Filter mengurangkan warna biru yang kuat pada kawasan teduh atau petang hari. Boleh menambah kekuatan warna dalam sunset atau sunrise.
Tungsten
Flouroscent
POLARISING FILTER
Polarising filter boleh mengurangkan silau dan pantulan, memekatkan warna langit biru dan meningkatkan kepekatan kesemua warna dalam gambar.  Filter ini sangat berguna dan tidak boleh dilakukan di dalam post processing.





Ciri Cahaya – Brightness
Kecerahan Cahaya (Brightness)
Untuk jurugambar, ciri cahaya yang paling penting adalah kecerahan. Cahaya yang lebih cerah adalah lebih baik. Kekurangan cahaya mungkin boleh membuatkan proses rakaman tidak sesuai dijalankan.
Sekiranya kecerahan cahaya adalah tinggi, jurugambar boleh menggunakan aperture yang kecil seperti f11 atau f16 untuk mendapatkan ketajaman atau depth of field yang maksimum.Namun apabila kecerahan cahaya berkurangan, jurugambar perlu menggunakan aperture yang besar seperti f2.8 sehingga mengurangkan kelebaran depth of field dan mungkin juga kelajuan katupan (shutter speed) yang perlahan untuk mendapatkan dedahan pada gambar yang secukupnya.
Begitu juga dengan ISO.Sekiranya kecerahan cahaya berkurangan, ISO yang perlu digunakan juga kadangkala boleh mencapai 1600 atau 3200. Pada kala ini, penggunaan ISO 10000 bukan lagi kejanggalan apabila Nikon dan Canon masing-masing memperkenalkan system kamera bersensitivi tinggi sehingga 12800 dan 25600 seperti Nikon D3, D700 dan Canon 5D
Walaupun sensor bersensitiviti tinggi telah dihasilkan, diterima pakai dan mampu digunakan untuk merakam ketika cahaya pada kecerahan yang rendah, kemahiran jurugambar mengawal dedahan pada satu-satu tempat tertentu di dalam gambar adalah lebih penting dan kemahiran inilah yang paling sukar untuk dipelajari.
Tips Memilih ISO yang sesuai

Outdoor Malam. F2.8, ISO400, Flash 1/8 white card dibalikkan. Shutter speed 1/30s untuk mendapatkan ambience
ISO adalah sensitivity rating untuk sensor cahaya yang berada didalam kamera anda. Selalunya didatangkan dengan nilai :
32, 50, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800, 25600 dsb. Pro camera mungkin menunjukkan nilai 320, 640 dsb
Berikut adalah table cadangan penggunaan ISO mengikut kesesuaian keadaan cahaya
ISO
Indoor
Outdoor
100
Tidak sesuai. Gunakan flash yang kuat sekiranya anda pilih ISO ini. Sekiranya anda tidak mahu gunakan flash, cuba gunakan aperture f1.8 atau gunakan shutter speed perlahan.
Sangat sesuai untuk studio fotografi.
Sesuai bila cahaya sangat cerah. Terutamanya tengah hari terik.
200
Tidak sesuai. Gunakan flash yang kuat sekiranya anda pilih ISO ini. Sekiranya anda tidak mahu gunakan flash, cuba gunakan aperture f1.8 atau gunakan shutter speed perlahan.
Sesuai bila cahaya sangat cerah. Terutamanya tengah hari terik ataupun sewaktu mendung yang nipis.
400
Sesuai apabila digandingkan dengan flash, atau bukaan aperture yang besar.
Sesuai bila mendung tebal atau dibawah bumbung dan cahaya matahari terhalang.
800
Sangat  Sesuai. Anda mungkin boleh boleh menggunakan aperture seperti f2.8. Sekiranya tidak cukup terang, gunakan flash dengan dipantul ke siling.
Sesetengah kamera mungkin mula menunjukkan noise.
Sesuai apabila matahari mulai terbenam atau dibawah lindungan bumbung yang besar seperti di dalam gelanggang futsal yang tidak berdinding.
Sesetengah kamera mungkin mula menunjukkan noise.
1600
Sesuai. Anda boleh gunakan aperture medium seperti f4. Hanya gunakan flash apabila terlalu dim.
Apabila menjelang malam, gunakan ISO ini.
3200
Sesuai. Noise mungkin agak tinggi. Anda mungkin boleh menggunakan aperture f5.6
Tidak sesuai waktu siang. Gunakan waktu malam bila terlalu gelap dan tiada flash.
Waktu petang dengan awan nipis, gunakan ISO200, f2.5, shutter speed 1/200s. Flash tidak menyala.
Waktu Malam, Outdoor. Cahaya agak kuat. ISO400, f3.5, 1/30s
Indoor. ISO640. f/1.6, shutter speed 1/60s.
ISO200 digunakan kerana cahaya banyak pada waktu petang, matahari di ufuk membelakangi subjek. Aperture f2.8, shutter speed 1/400s
Tips Komposisi : Gambar senget senget

Dutch tiltDutch angleoblique angleGerman anglecanted angle, or Batman Angle adalah term yang digunakan di dalam rakaman cinematik yang selalu digunakan untuk menggambarkan perasaan kurang senang atau tekanan dalam subjek yang sedang dirakam.
Caranya adalah dengan menyengetkan kamera ke kiri atau ke kanan, dan dongakkan kamera ke atas.

Jadi.. elak dari menyengetkan bridegroom anda atas nama kreatif dan mahu break the rules… kerana, bride dan groom sangat jarang digambarkan mengalami tekanan.. sebaliknya seronok, excited dan romantik adalah.. ke tak? (btw, saya juga kadang kadang tersengetkan bridegroom :p) Untuk cover pages album yang keras keras dan rebel iramanya mungkin ok lah.
Untuk memahami lebih lanjut tentang bagaimana sesuatu mood boleh digambarkan, dan penggunaan komposisi yang lebih sesuai dalam sesuatu scene, silalah daftarkan diri dalam kursus kursus kami.







Tips Foto Kahwin : Fill In Flash
Teknik Fill In Flash
Teknik fill in flash sebenarnya amat mudah dengan langkah berikut
1. Dapatkan exposure ambience
2. isikan bahagian shadow dengan cahaya yang cukup untuk menampakkan details.
Sebagai contoh dalam gambar diatas, ambience exposure adalah f16, iso200, 1/200
kemudian saya menggunakan sb900 pada full power, 24mm zoom (Flash M 1/1), direct flash.
Ada beberapa perkara yang anda perlu faham
1. direct flash diperlukan kerana jarak flash ke subjek agak jauh, dan keperluan coverage yang agak luas, memerlukan kuasa flash pada full power. Sekiranya kita gunakan teknik bounce, fill in akan gagal, details akan kelihatan gelap saja
2. kadang kala terdapat natural fill in, cahaya yang dipantul dari canopy etc, dan menerangi subjek. Anda boleh menggunakannya sebagai fill dan menaikkan sedikit dengan menambah flash, menggunakan white card dengan 45 degree bounce. Sedikit fill akan dipancar semula ke subjek dan paling penting anda akan mendapat catch light pada mata subjek menjadikan ia lebih berseri seri.
3. Gambar di atas dalam category event, action, bukan group portrait, cahaya keras yang direct bukan issue. Kita perlukan bantuan flash untuk fill in, bukan menjadikannya key light yang soft.
Flash anda dapat mengeluarkan cahaya yang banyak sekali pancar kerana terdapat capacitor yang menyimpan tenaga di dalamnya. Capacitor ini akan mengumpul tenaga dari batteri… sekiranya anda memancarkan pada 1/1, capacitor akan terus kosong dan memerlukan masa untuk mengumpul tenaga dari bateri semula. Lag ini dipanggil recycled time. Shooting pada waktu ini memang memerlukan tenaga yang kuat dari flash anda. Pastikan batteri anda fresh. Sebab itu amat digalakkan menggunakan batteri rechargeable NIMH pada rating 2000 ke atas bagi memastikan anda boleh mendapatkan kuasa yang cukup. Bagaimanapun sekiranya anda suka bounce ke awan setiap kali shoot outdoor dan panas terik.. mungkin ada perlukan lebih banyak batteri (batteri keta mungkin). Selalunya masalahnya bukan extra batteri tapi recycle time. Saat begini perlu kecekapan dan kepantasan jurufoto.
Adalah satu bonus sekiranya anda boleh mengagak flash exposure dan hasil yang anda akan dapat. Walaupun ketepatan pengiraan tidak diperlukan, tetapi kemahirannya pasti membantu.